28 April 2010

Allah itu bukan Tuhan (Panggilah Allah, Buangkan perkataan Tuhan)

Sampaikanlah Wahai Umat Yang Dimuliakan.. Walaupun dengan sepotong ayat.. Sampaikan lah kebenaran itu.. Wahai para pemikir dan pendakwah. Sampaikanlah, sesungguhnya umat terpilih itu dimuliakan Allah kerana mereka menyampaikan. Selepas itu kamu tiada kuasa atas mereka melainkan Allah yang mengambil urusan seterusnya.Maka itu sampaikanlah wahai umat-umat terpilih yang dimuliakan kejadiannya dengan bahasa yang kamu fahami. Mudahan kamu sekelian mendapat keredaan Allah Azzawajalla.Segalanya adalah ALLAH... bukannya tuhan..Syahadah bagi setiap muslim ialah Tiada "tuhan" melainkan "Allah" dan Muhammad adalah Penyampai Risalah Allah. Maka setiap muslim wajiblah beriman kepada "Allah" sahaja dan menyingkir nama "tuhan" :- Tiada tuhan dan Allah bukan tuhan:- Bahawa Allah adalah pencipta yang maha agung yang menciptal langit dan bumi serta seluruh isi alam,meliputi segala kejadian agung ciptaan nya. "Allah" yang mempunyai 99 nama yang indah tidak layak dipanggil "tuhan". Maka menyebut "tuhan" adalah maksiat dan menjadi kemurkaan Allah. Maka janganlah lagi berdoa dengan menyebut "Ya Allah Ya tuhan" sebaliknya sebutlah "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim".atau sebutlah "Ya Allah ……(sebutlah nama nya 99 yang indah itu ) Itulah yang terbaik untuk diamalkan dalam menuju jalan yang lurus, jalan yang diredhai Allah. Ya Allah Azzawajalla, daku telah menyampaikan amanah mu. Maka segala urusan seterusnya ku serahkan kepada dikau yang maha berkuasa lagi maha menguasai, yang maha kaya segalanya. Allah sahaja yang maha luas ilmunya dan yang maha memberitau.Semoga kita sekelian sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah, keberkatan, kerahmatan dengan keredhaan Allah Azzawajalla. Kenapa kita tak boleh sebut tuhan..... Kita telah berikrar bahawa "tiada" tuhan melainkan Allah. Maknanya bagi orang mukmin yg telah berikrar begitu hanya ada Allah shj. Kalau kita selami secara tasauf, apa shj yg tiada kena mengena dgn Allah adalah di bawah pentadbiran iblis. Jadi jelas lah bahawa apabila telah menolak tuhan, maka tuhan ditadbir oleh iblis. Maka itu banyaklah tuhan2 wujud di muka bumi ini. Maka apabila muslim berdoa dgn menyebut tuhan.. sebahagian dari kehidupan nya akan ditadbir oleh iblis. Maka sebahagian rezeki nya juga dari iblis. Itulah rezeki2 haram. Adakah rezeki2 haram spt rasuah, judi, arak, pelacuran dan lain-lain itu dari Allah? Allah itu maha pemurah dengan keredaannya. Adakah Allah redha dgn yg haram? Fikirkanlah. Sesungguhnya Allah juga memberi izin kepada iblis untuk mentadbir dgn sedikit kuasa dari zatNya yg lemah. Iblis itu ghaib, mempunyai kekuatan utk membisik kesesatan dan ia didukung oleh syaitan2, jin2 dan manusia2 yg khianat kpd Allah juga sesama manusia. Ia menjadikan maksiat itu menarik dan sentiasa mendorong hati2 yg lalai kepadanya. Maka itu berhati2 lah. Tuhan juga sama dengan god, ilahi dan robbi. Maka itu hidupkanlah nama Allah itu disetiap hati kita sepanjang masa. Maka tiada ruang untuk tuhan membisikkan kesesatan. Sentiasalah bermohon izin utk mendapatkan perlindungan Allah dari kejahatan dan kesesatan mahluk2 tuhan ini.Senang saja…Perbezaan Allah dgn tuhan..Allah maha mencipta….Tuhan di cipta…Allah maha pengasih dan penyayang ..tuhan maha pemarah dan pembenci… Moga mendapat kefahaman yg jelas dengan izin dan keredhaan Allah Azzawajala. Ruj:antara surah:- (1). Surah Al-Israa’ ayat 22 & 42 , (2). Surah Adz-Dzaariyaat ayat 51 SURAH AL-MAIDAH AYAT-73. – Demi sesungguh nya kafir lah orang orang yang berkata “ Bahawa sa nya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan “ pada hal tiada tuhan….melainkan Allah yang maha Esa…..” ……..