17 July 2009

Surah Al-Munafiquun, Sumpah Saiful & Sifat Orang Munafik

[63.1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata
:"Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah
sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa
sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[63.2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan
dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang
(dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang
mereka telah kerjakan.

[63.3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan
orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu
dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang
mana salah).

Sudahkan anda baca surah di atas & lihat perkembangan di negara kita? Di mana
rentetan sumpah laknat telah dilakukan? Di sini, saya cuba kaitkan bahawa Al-Quran ini sangat,
hebat kerana dapat menilai perangai manusia.

Cuba lihat rakaman sumpah Saiful. Kalau benar dia bersumpah kerana dia telah diliwat,
satu perbuatan yang sangat memalukan penuduh & mangsa, kenapa dia terketar-ketar? Kenapa
tergagap-gagap dan tersilap cakap sampai dua tiga kali?

Lihatlah sifat org munafik ini. Nak ucap 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' pun x dapat.
Allah pun sudah terangkan. Jangan main-mainkan agama, kerana Allah akan membalas.

P/s: Munafik bermaksud berpura-pura tahu tentang agama.

1 comment:

Mohd Norizzuan said...

welcome 2 blogging world dude!